Menjana kewangan

Wednesday, September 29, 2010

Giveaway - tiya nak belanja makan

Nak Join, klik SINI


Kalau tengok pada ke'comel'an saya ini secara automatik orang ingat saya suka makan.. tapi sebenarnya bukan saya suka makan tapi makanan itu yang membuatkan me'rayu-rayu' menyeru saya untuk memakan 'mereka'...

Tapi ada sebab lain kenapa saya suka makan

Pertama: Makan untuk hidup atau hidup untuk makan
Kita ini memang makan untuk hidup dan bukannya hidup hanya untuk makan maknanya walaupun saya ni suka makan tapi saya hanya makan bila saya mahu makan dan bukannya 'melantak', berhenti sebelum kenyang

Kedua: Bila makan, makan yang berkhasiat
Saya ini peminat sayur-sayuran, kalau keluar makan saya akan pastikan mesti ada sayuran, kalau order nasi goreng pun saya akan order sekali sup sayur atau kailan ikan masin atau sayur campur atau kangkung belacan, senang kata tak ada sayur macam tak ada umppph untuk makan walaupun dihidang kambing, ayam hatta ikan siakap sekalipun.

Ketiga: Program masakan
Kalau tengok rancangan jalan-jalan cari makan, rasa rugi sangat tak cuba masakan yang ada di malaysia ini, Kita duduk di Malaysia ni berbilang kaum, pelbagai jenis masakan, dari barat ke tradisional dan bermacam-macam jenis masakan yang ada, masak sambal, pedas, stim, kukus, salai, bakar eh tak tersebutlah banyak sangat, jadi rugi kalau tak suka makan ni.

Keempat : Makan boleh hilangkan rasa stress
Contoh makanan yang boleh hilangkan stress adalah coklat, bila kita rasa tak gembira pun kita boleh makan coklat dimana kemanisan coklat itu boleh meredakan rasa marah atau pun sedih, tak caya cualah sendiri, sebab saya akan makan coklat bila saya rasa stress dan ianya berjaya menghilangkan rasa stress saya

Kelima: Mak masak sedap
Hehehe... siapa yang akan kata maknya masak tak sedap, nak kena rotan (piap piap) nie... Kalau mak dah bertungkus-lumus bersilat memasak di dapur dan tetiba anaknya kata ' mak, saya malas lah nak makan' cuba bayangkan perasaan seorang ibu yang mencurahkan kasih sayangnya untuk memasak masakan yang sedap-sedap utk anaknya tapi last-last anak dia kata SAYA MALAS MAKAN.. alangkah kecewanya hati seorang ibu, jadi sebab itu SAYA SUKA MAKAN..

Saya nak tag semua kawan-kawan sebab saya tahu semua suka makan kan??