Menjana kewangan

Sunday, April 25, 2010

Contest: Apa saya nak buat kalau diberi RM100


Lelaki ini ingin membuatkan kita kaya dengan contest apa saya nak buat kalau dieri RM100..


RM100 kalau masa kesempitan duit mmg amat diperlukan.. tapi saya perlukan RM100 untuk apa yer?



Sebagai kakak yg sayangkan adiknya (ewah, angkut bakul sendiri nampak), saya amat memerlukan RM100 untuk menambah belanjawan untuk menyokong adik saya mengambil lesen memandu pada usia yg muda, 16 tahun... supaya dia tak jadi samseng jalanan yg merempit di jalan tanpa lesen..

Dengan adanya lesen ini juga, adik saya tak perlu lagi menyusahkan ibubapa saya untuk menghantar dia ke tempat2 yg jauh sebab tiada perkhidmatan bas ke tempat itu

Kalau dia ditahan polis pun, polis akan kata budak nie ok sebab ada lesen, bagus bagus muda2 dah ada lesen, mesti budak baik nie.. (tahap imaginasi saya tinggi k)

Oleh itu RM100 ini amat berguna untuk saya menyokong usaha adik saya mengambil lesen pd usia yg muda.. sekian karangan saya ini..

Contest ini dianjurkan oleh lelaki ini (bukan anuar zain)...